Sabtu, 23 Mac 2019

4.5 juta rakyat NZ bertafakur

AFP
 


CHRISTCHURCH: Ribuan penduduk berkumpul di bandar ini bagi memperingati 50 mangsa tembakan rambang di dua masjid, hari ini.

Pada jam 1.30 petang waktu tempatan, laungan azan Jumaat berkumandang dan turut disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand, disusuli bertafakur sejenak selama dua minit.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berada di taman Hagley Park yang terletak berhampiran masjid Al Noor, lokasi tragedi Jumaat lalu, bertafakur bersama-sama lebih 4.5 juta rakyat negara itu.

Orang ramai turut berkumpul di Auckland, Wellington dan bandar lain New Zealand.

Di Australia, orang ramai yang berada di tempat awam dan kedai turut berhenti untuk bertafakur.

Hari ini, Masjid Al Noor masih tutup bagi membolehkan kerja membaikpulih dan pembersihan dilakukan.

Selesai solat Jumaat, penduduk bukan Islam dilihat meletakkan bunga di perkarangan masjid itu.

Tiada ulasan: