Saya ingin merujuk kepada paparan yang sedang ditularkan di media
sosial bahawa kononnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’
Salahuddin Ayub telah memberi saranan kepada petani untuk menggunakan
jalan laut bagi mengawal kesesakan jalan raya.
Paparan di Facebook yang setakat ini dikesan telah dikongsikan oleh pengguna Facebook Esmee bin Mat Isa dan Zahari Sulaiman menunjukkan seolah-olah Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa “jalan raya yang sesak dapat dikawal bila petani ikut jalan laut” dan kenyataan tersebut seolah-olah telah dilaporkan oleh pihak media.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata. YB Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Laporan media tersebut juga tidak wujud.
Kenyataan ini secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal dan penularan paparan ini ternyata berniat jahat dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YB Menteri.
Memandangkan ini bukanlah kali pertama YB Menteri difitnah sebegini, beberapa laporan polis akan dibuat berhubung isu ini.
Alyaa Azhar
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Tiada ulasan:
Catat Ulasan