Khamis, 14 Mac 2019

Facebook alami gangguan terbesar, Whatsapp, Instagram turut terkesan

DENYUT REFORMASI

 
 
BEBERAPA jam lepas, mungkin ada antara anda yang sedar bahawa berlaku gangguan kepada aplikasi Facebook serta 'adik-beradiknya' iaitu Instagram dan Whatsapp.

Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah, tiada posting terbaru yang dikesan di ketiga-tiga platform berkenaan.

Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.
Menurut pemakluman yang dikeluarkan Facebook, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang menyebabkan penggunanya gagal log masuk ke akaun mereka.


Malah, Facebook turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector dot com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.


Malaysia juga turut menerima tempiasnya apabila laporan yang diterima setakat ini menyatakan gangguan berkenaan telah memasuki jam kelima.

Mengikut sejarah, Facebook pernah mengalami gangguan akibat masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.

Memandangkan Facebook merupakan platform komunikasi dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka. 
 
 

Tiada ulasan: