PERMATANG PAUH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak
menolak kemungkinan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk
memberi keterangan berhubung siasatan kes menghina masyarakat Bugis.
Menurut beliau, kenyataan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu diperlukan untuk melengkapkan
siasatan kes berkenaan.
“Kita akan panggil beliau secepat mungkin, setakat ini saya sahkan terdapat beberapa laporan polis telah dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas
menghadiri perasmian penutup persidangan polis bantuan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan ahli DAP , Datuk Zaid
Ibrahim akan memberi keterangan esok di Bukit Aman berhubung siasatan
mempersoalkan titah Sultan Selangor baru-baru ini.
Kata beliau, pihaknya memerlukan keterangan Zaid untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan