Roketkini.com
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memberani diri untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh pengundian selewatnya pada hari pertama Januari tahun depan.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pengumuman awal tarikh pembubaran dan tarikh pengundian amat penting supaya rakyat dapat membuat persediaan awal dan tidak terlepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Pengumuman awal sangat penting untuk memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat khususnya pengundi untuk hadapi Tahun Baru Cina dan percutian lain khususnya pergerakan untuk umat Islam mengerjakan Ibadah Umrah.
“Saranan Ini bagi mengelak beban kos berganda sekiranya rakyat sedang bercuti dan perlu pulang membuang undi di kampung asal serta untuk mengelak pengundi Islam terlepas peluang pengundian sekiranya jadual umrah bersamaan dengan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz berkata, sistem pilihanraya di Malaysia sepatutnya lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen.
“Permasalahan sekarang ialah apakah PM Najib Razak akan menunggu sehingga penghujung tempoh penggal atau akan membubarkan lebih awal,” katanya.
Beliau berkata, PRU14 sudah pasti akan dilaksanakan pada tahun 2018 memandangkan Dewan Rakyat akan terbubar dengan sendiri pada 24 Jun 2018 ini termasuklah beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Jika PM Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sebelum bulan Jun 2018 kerana ada sesetengah DUN lebih dahulu melakukan angkat sumpah ADUN serta permulaan sidang DUN lebih awal dari sidang Parlimen,” katanya lagi. – Roketkini.com-*kredit foto: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan