OLEH ERMIZI MUHAMAD
BESTARI
JAYA : Walaupun baru memulakan operasi sekitar lima bulan lalu,
pusat pertanian Selangor Fruit Valley sudah mampu menjana pendapatan
maksimum hasil produktiviti pertanian kawasan itu.
Pegawai
Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Pertanian
Selangor (PKPS), Reena Zuliana Abdul Rashid berkata, perolehan
keuntungan RM10,000 sehari mampu diraih pusat pertanian itu.
“Kutipan
harian ini dijangka akan lebih bertambah selepas mengambil kira
kepelbagaian dan keunikan yang ada di Selangor Fruit Valley.
“Sasaran
kami, ia bukan sekadar premis pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan
tempatan, tetapi boleh dikomersialkan sebagai destinasi agro pelancongan
baru di Selangor.
“Komitmen
ini sepenuhnya disokong pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri
Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini turun padang di sini dan melihat
potensi Selangor Fruit Valley,” katanya kepada SelangorKini.
Di
Selangor Fruit Valley, orang awam boleh melihat sendiri pelbagai produk
pertanian tempatan dan membeli dengan harga berpatutan.
Menariknya, kemudahan pengangkutan ‘train’ juga disediakan untuk lawatan ke ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.
Bayaran
masuk untuk lawatan menaiki train adalah RM10 untuk dewasa dan RM5
untuk kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.
Selangor Fruit Valley mula dibuka Julai 2017 lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti perladangan dan pertanian.=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan