KANGAR: Tindakan segelintir remaja Islam yang berhimpun dan meratapi
kematian selebriti Korea, Kim Jongh-hyuun, 27, ditegur Mufti negeri,
Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, perbuatan meratapi atau Niyahah bagi memperingati
kematian ahli keluarga adalah dilarang apatah lagi yang tiada kaitan
dengan kekeluargaan seperti dilakukan golongan itu.
Kata beliau, menurut pandangan sesetengah ulamak, orang Islam
dibenarkan mendengar lagu daripada artis-artis berkenaan tetapi
hendaklah dengan syarat-syarat tertentu.
"Namun, walau bagaimanapun ini tidak bererti muslim boleh menjadikan
mereka (artis Korea) sebagai idola seterusnya membawa kepada ketaksuban
yang melampau.
"Berkabung tidak diizinkan melainkan untuk isteri dan wanita dengan
syarat syaratnya. Berkabung kerana artis seperti itu adalah melanggar
arahan Nabi Muhammad SAW apatah lagi kerana disebabkan membunuh diri,"
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Asri mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan
Shinee itu yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala
Lumpur pada Jumaat lali, untuk memperingati pemergian penyanyi
kesayangan mereka itu.
Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang, tidak mengira bangsa
itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir.
Kata Mohd. Asri, dalam hal ini, golongan agama dan ibu bapa haruslah
sedar bahawa kejadian meratapi itu merupakan fenomena semasa tentang
kegilaan remaja terhadap artis.
"Perkara ini kita perlu tangani dengan pendekatan yang berkesan dan alternatif," katanya lagim
Kim Jongh-hyuun disahkan maut di kediamannya di Cheongdam-dong, Korea Selatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan