KEADILAN DAILY
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan pada sendi bahu kanannya November lalu, berdepan kesukaran untuk menggunakan tangan kanannya.
Anak perempuannya Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Naib Presiden KEADILAN berkata, pembedahan terbabit jauh lebih rumit daripada pembedahan pada 2004 dan Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 10 minggu untuk pulih.
“Kualiti hidup yang dia terima ketika di penjara akan memberi kesan kepada pergerakannya… tangan kanannya tidak dapat digunakan sepenuhnya,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu, lapor The Malaysian Insight.
“Ada banyak larangan untuk tahanan politik dan sentiasa ada pengawal selama 24 jam sehari.”
“Lawatan kami terhad dan semua perbualan kami dipantau.
“Keluarga kami memang mahu dia berada di sana (pusat pemulihan), sebab pergerakannya akan terjejas teruk jika kembali ke penjara,” kata Nurul Izzah.
Anwar menjalani pembedahan pada 12 November lalu dan kini menjalani pemulihan di Cheras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan