OLEH SHEEDA FATHIL
RAWANG: Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang memfokuskan
golongan ibu, di negeri ini terus mendapat sambutan menggalakan daripada
rakyat.
Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, sehingga
kini lebih 700 permohonan KISS sudah diterima, di kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) itu.
“Kami sasarkan 1,000 permohonan bakal diterima sehingga hujung tahun ini.
“Setiap
hari Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang menerima kunjungan daripada
komuniti setempat untuk memohon KISS,” katanya kepada pemberita.
Beliau
berkata, setiap permohonan KISS akan menjalani proses tapisan sebelum
diluluskan, sama ada layak atau tidak untuk menerima skim terbabit.
Pei Nei berkata, setakat ini sudah lima kedai runcit di DUN Rawang sudah dikenal pasti akan bekerjasama menggunakan skim KISS.
“Pada
masa sama, kebanyakan kedai runcit turut memuji Kerajaan Negeri
melaksanakan skim ini kerana ia membantu mereka mendapatkan lebih sumber
pendapatan,” katanya.
Terdahulu, dalam Belanjawan 2018, Dato’
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelaksanaan Kad
KISS dengan sasaran 30,000 ibu, di negeri ini yang bakal menerima
bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan.
Melalui KISS,
golongan ibu akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak
masak dan tepung serta peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di
pasar raya serta kedai runcit yang dikenal pasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan