Sabtu, 30 Disember 2017

GAGASAN dijangka tanding semua kerusi DUN di Negeri Sembilan

ANTARAPOS

Post Pic



SHAH ALAM: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dijangka bertanding di tujuh kerusi DUN di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), manakala 29 kerusi DUN lain akan ditandingi PAS, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Mustafa Daharun.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Mustafa berkata PAS juga akan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

“Calon-calon kita telah hantar kepada pusat,” kata kepada portal itu.

PAS dan Ikatan membentuk gabungan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Pada PRU13, BN menang 22 kerusi DUN, DAP 11 kerusi dan PKR 3 kerusi. BN turut memenangi lima kerusi Parlimen, DAP dengan dua kerusi dan PKR satu kerusi.

Mustafa berkata PAS akan membariskan gandingan calon muda dan lama pada PRU14, manakala Ikatan akan meletakkan calon orang bukan Islam.

Ditanya mengenai peluang PAS di Negeri Sembilan pada PRU14, Mustaffa berharap tsunami politik orang Melayu akan mengalihkan sokongan mereka.

“Tambahan pula, suasana pada Umno yang banyak masalah, pengundi akan beralih kepada parti lain khususnya pengundi atas pagar,” katanya.

Tiada ulasan: