KUALA LUMPUR: Polis memburu enam lelaki dipercayai terlibat melarikan
kira-kira lapan dulang barang kemas dianggar bernilai hampir RM1.5 juta
dari sebuah kedai emas dalam sebuqh pasar raya besar di Rawang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng
berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, empat daripada
enam lelaki terbabit bersenjatakan dua objek menyerupai pistol, sebilah
parang dan tukul besi.
Katanya, suspek yang memakai topi keledar dan berbaju hitam menyerbu
masuk ke kedai berkenaan sebelum memecahkan kaca meja pameran dan
melarikan barang kemas tersebut.
“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek menunggang tiga buah motosikal
sebelum empat daripada mereka masuk ke dalam kedai yang terletak di
tingkat satu bangunan pasar raya besar terbabit.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen
395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,”
katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan