KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd. Shohaimi Jusoh meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
Difahamkan, Mohd. Shohaimi rebah di bilik air di kediamannnya di Sungai
Isap di sini dan menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan
ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, Mohd. Shohaimi baru-baru ini tidak sihat kerana demam.
“Pagi tadi, saya dimaklumkan arwah jatuh di bilik di rumahnya dan
meninggal dunia sewaktu dalam perjalananan ke HTAA,” katanya dipetik
laporan Utusan Malaysia.
Abdul Manan berkata, jenazah Allahyarham Mohd. Shohaimi akan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar di sini hari
ini.
Mohd. Shohaimi menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan