Sabtu, 23 Disember 2017

Majlis Belia Felda Terengganu buat laporan isu tanah Jalan Semarak

 
Laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat dan membawa dalang yang terbabit dalam skandal itu ke muka pengadilan.

 
Mohd Syahrizal Md Yusof.
Mohd Syahrizal Md Yusof.


KUALA NERUS: Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung isu pindah hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Setiausaha Agungnya, cberkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat dan membawa dalang yang terbabit dalam skandal itu ke muka pengadilan.

“Saya harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Daerah Gong Badak hari ini.

Media difahamkan laporan sama juga dibuat Suara Generasi Kedua Felda.

Dua hari lalu, media mendedahkan Felda kehilangan hak milik ke atas tanahnya yang bernilai RM270 juta di Jalan Semarak menerusi transaksi mencurigakan pada 2015.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata, Felda membuat laporan polis berhubung kes itu pada 12 Disember lalu dan semalam polis dilaporkan menubuhkan satu pasukan khas pada 13 Disember lalu untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Selain itu, polis turut dilaporkan berkata, akan memanggil bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menggesa golongan belia Felda menyuarakan pandangan dalam usaha menyelesaikan sebarang isu berkaitan agensi berkenaan.

“Jadi, apa yang yang saya harapkan daripada anak-anak Felda ini supaya fikir dulu isu itu, kita tengok kebenaran kalau masih lagi ada keraguan, kita berbincang dengan kepimpinan masyarakat atau pengurusan Felda,” katanya pada sidang media selepas Salutasi

Tiada ulasan: