PETALING JAYA: Dakwaan 'rasuah' membabitkan Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Azmin Ali yang dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali adalah
'mengarut'.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata
dakwaan Azwan itu seolah-olah dirancang dan beliau tidak menolak 'besar
kos tugasan' itu.
“Saya tidak pasti bukti apakah yang diserahkan namun semua ini seperti
dirancang dengan ada pihak yang menulis skrip dan tentu saja ada pihak
jadi pengarahnya. Barangkali kos ‘job’ ini juga besar,” katanya dipetik
portal FMT.
Azwan pagi tadi tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan apa yang beliau dakwa sebagai bukti
pemimpin tertentu yang hidup 'mewah melampau'.
Selepas sejam memberikan keterangan, Azwan keluar menemui pemberita
namun enggan memberitahu siapakah pemimpin yang beliau maksudkan.
Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata sumber dakwaan itu boleh dipertikai.
“Saya mohon agar proses siasatan SPRM dapat dijalankan secara profesional, telus dan bertanggungjawab.
“Kita mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertentu yang berkepentingan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan