JOHOR BAHRU: Seorang pemandu wanita berusia 19 tahun merempuh premis
kedai sebuah stesen minyak di Jalan Pesona, Pelangi Indah, awal pagi
tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, wanita itu yang bekerja sebagai kerani
dikatakan baru selesai mengisi minyak di stesen berkenaan sebelum
dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas dan merempuh kedai
serbaneka terbabit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain
Jais, berkata kereta terbabit terhenti sejurus melanggar beberapa rak
barangan di kedai terbabit.
Katanya, wanita berkenaan yang beralamat di Desa Makmur, Kota Tinggi hanya luka kecil di bahagian muka, tangan dan kaki.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Katanya, wanita terbabit belum membuat laporan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan