Sabtu, 16 Disember 2017

Jenazah isteri KPN selamat dikebumi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Jenazah isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.
 
Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang meninggal dunia pada pukul 7.02 malam semalam akibat barah dikebumikan bersebelahan kubur anak lelakinya yang meninggal dunia pada tahun 2007.
 
Terdahulu, jenazah tiba di kediaman ibu Allahyarham di Rapat Jaya di sini pada pukul 1 pagi dari Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
 
Jenazah kemudiannya disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Gunung Rapat pada pukul 9 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
 
Lebih 1,000 orang menghadiri pengebumian, lapor Utusan Malaysia.
 
Antara yang hadir termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Hanafi, Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan. 


Tiada ulasan: