Sabtu, 16 Disember 2017

Dua pegawai SPRM ditahan JAIS, disyaki berkhalwat

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki berkhalwat di sebuah kondominium di Seri Kembangan, awal pagi Sabtu.
 
Sumber SPRM berkata, pihaknya maklum mengenai dua pegawainya ditahan JAIS.
 
Mstar Online melaporkan sumber JAIS mengesahkan tangkapan itu menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 3 pagi tadi.
 
Dipercayai lelaki yang ditahan adalah pengarah di salah satu bahagian SPRM, manakala pasangannya bertugas di bahagian yang mengendalikan urusan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
 
“Operasi melibatkan empat pegawai penguatkuasaan Jais. 
 
"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengenai kedua-dua individu yang ditahan,” katanya ketika ditanya sama ada dua yang ditahan merupakan pegawai SPRM.
 
Sumber JAIS dalam pada berkata satu kenyataan media berhubung tangkapan itu akan dikeluarkan kelak

Tiada ulasan: