Sabtu, 16 Disember 2017

Azmin perli Jamal mahu bertanding di Bukit Antarabangsa

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sinis dengan hasrat Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas Ketua Pergerakan Baju Merah itu menyatakan mahu bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dalam PRU14 akan datang.
 
Katanya terpulang kepada kebijaksanaan rakyat sama ada hendak memilih Jamal atau terus mempertahankan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR).
 
“Maka datanglah seorang pemuda yang pakai tuala nak lawan saya di Bukit Antarabangsa. Silakan.
 
"Kalau tuan, puan dari Bukit Antarabangsa inginkan menteri besar yang pakai tuala, pilihlah dia.
 
“Kalau tuan, puan nak menteri besar yang pakai tuala dan berus gigi di telinga, pilihlah dia.
 
“Tetapi kalau tuan-tuan nak seorang wakil rakyat yang bekerja kuat dan mempertahankan maruah dan mengangkat darjat rakyat negeri Selangor, maka pertahankan kerajaan negeri Selangor yang ada pada hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam, hari ini.
 
Jamal yang dikenali kerap melakukan gimik mengkritik pentadbiran Azmin menyatakan hasrat untuk bertanding di DUN Bukit Antarabangsa, yang merupakan kawasan yang dimenangi Azmin.
 
Perkara itu sudah dinyatakan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
 
Antara gimik yang pernah dilakukan Jamal adalah membawa keranda, katil, memakai tuala dan memberi aiskrim percuma di hadapan Bangunan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
 
 

Tiada ulasan: