Jumaat, 13 Januari 2017

PAS mahu AMANAH tidak tuding jari

MALAYSIAKINI



PAS menasihati pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak menyalahkan pihak lain sebagai punca pembangkang gagal mencapai kata sepakat bagi menghadapi BN.

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaliknya berkata apa yang penting ialah, PAS bukan punca kepada apa yang berlaku sekarang.

"Saya fikir semua pihak harus lihat perkara ini pernah berlaku dan tidak perlu menyalahkan mana-mana parti.
"Apa yang penting ialah PAS bukan punca kepada apa yang berlaku sekarang," katanya di Kota Bharu seperti dilapor Harakahdaily.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada komen Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, semalam yang menyatakan PAS penyebab parti pembangkang gagal bersatu di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebaliknya, kata Che Ibrahim, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan punca persefahaman itu gagal direalisasikan.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menegaskan, kenyataan yang menyalahkan PAS itu sebagai tidak berasas dan tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata beliau, sebelum AMANAH menyalahkan mana-mana pihak mereka wajar menyatuhan jentera dalaman mereka.

"Saya (rasa) parti itu (AMANAH) yang menjadi punca perpecahan pembangkang. Dia tidak ada pun keperluan untuk menubuhkan parti baru," katanya.


Tiada ulasan: