Jumaat, 27 Januari 2017

IKATAN sedia putus PAS jika mahu kerjasama dengan PH

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) tidak akan mengikuti PAS jika parti itu mahu bekerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).
 
Menurut Presidennya Abdul Kadir Sheikh Fadzir, IKATAN tidak berminat dengan kerjasama tersebut kerana sudah mempunyai Gagasan Sejahtera.
 
“Kalau PAS mahu pergi kami tidak akan sertai. Gagasan, kami sedia berseorangan tanpa PAS.
 
“Sekarang ini kami blok ketiga kami ada juga gabungan dengan berpuluh lagi NGO tetapi soal rundingan nak masuk Pakatan Harapan (PH) itu kami tidak terlibat dan kami berminat,” katanya yang dipetik Berita Daily.
 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdahulu memaklumkan akan melanjutkan perbincangan dengan PAS berkenaan penyertaan parti itu dalam kerjasama politik bersama-sama dengan Pakatan Harapan menerusi pertemuan yang akan diadakan pada 2 Februari.
 
Bukan hanya PPBM yang konsisten mengharapkan penyertaan PAS, DAP juga baru-baru ini menerusi veteran parti itu Lim Kit Siang, menawarkan salam perdamaian kepada PAS.
 
Namun pemimpin parti itu kecuali Presidennya Abdul Hadi Awang menggambarkan keengganan untuk kembali bekerjasama.
 
PAS pada 16 Mac 2016 mengumumkan pembentukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan.
 
Walau bagaimanapun Abdul Kadir tidak memberi tekanan dan halangan untuk PAS membuat keputusan.
 
“Kami di Ikatan serahkan perkara ini kepada budi bicara PAS.
 
Itu soal besar kami di parti Ikatan, kami serahkan sahaja kepada kebijaksanaan kepada PAS untuk buat keputusan kami tahu mereka telah mengadakan perbincangan secara informal tetapi keputusan itu macam seperti yang kita baca dalam berita (masih tiada),” tambah beliau.
 
Abdul Kadir dalam pada itu mengesahkan wujudnya perbincangan tidak rasmi mengenai perkara tersebut dengan PAS namun enggan mendedahkan secara terperinci.
 
“Ada juga perbincangan secara (informal) tidak rasmi. Saya tidak mahu mendedahkan perkara dalaman parti,” menurutnya.
 
 

Tiada ulasan: