KUALA LUMPUR – Op Caviar yang menyaksikan lima pegawai kanan Felda termasuk seorang bekas pengurus besar bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beberapa barangan telah dirampas.
Antaranya kereta mewah, barang kemas dan wang tunai.
Kesemua saspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara 11.30 pagi dan 1.30 petang tadi menerusi Op Caviar SPRM berhubung dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan