shahbudindotcom
Apa pilihan untuk Annuar Musa?
Sebaik
didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada
pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu
perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.
Tetapi,
tidak lama kemudian segera berubah fikiran apabila dengan bangga
mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau
satu sen pun daripada Mara.
Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.
Semalam
rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku
Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan,
cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.
Alasannya,
beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak mempunyai
kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar mengenainya,
sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada kawan-kawannya
saja.
Makna
kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang
sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.
Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.
Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi.
Katanya,
pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak
Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.
"Bagi
saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan
kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada
rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan
lain-lain lagi.
"Saya
percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain.
Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.
Mengapa
tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan tajaan
itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?
Begitukah sikap pemimpin yang bertanggungjawab?
Nampaknya sekali lagi Annuar keliru.
Isunya
bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau
sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah
pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?
Soal
kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana
asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah
memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.
Mara
pula sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang
diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.
Selain
itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan di
mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan
Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.
Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia masih terletak di bawah Mara.
Soal
konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan dijelaskan
oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada hubung
kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri.
Jika
tidak, dengan dalam masa yang sama juga berkapasiti sebagai Ketua
Penerangan UMNO, beliau lebih menjadi liabiti kepada parti itu.
Siapa
lagi mahu mempercayai kata-katanya dan ramai ahli-ahli UMNO tentu
kecewa dengan apa yang telah dilakukannya di agensi kerajaan itu.
Paling
wajar dan tepat, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua
Penerangan UMNO adalah pilihan yang terbaik bagi Annuar sebelum pihak
polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan