Jumaat, 27 Januari 2017

Angin kencang di pantai timur, Sabah dan Sarawak sehingga Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

metmalaysia-air-pasang

SHAH ALAM: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sabah (Kudat dan Sandakan) sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Angin Timur Laut dengan kelajuan 10-40 kmsj dijangka bertiup di Semenanjung dan 20-40 kmsj di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

Sehubungan itu, hujan di kawasan pantai di negeri-negeri Timur Semenanjung, Sarawak iaitu bahagian Mukah, Bintulu dan Miri.

Manakala Sabah, bahagian pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Pada sebelah malam hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan semua bahagian di Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.-nR-

Tiada ulasan: