OLEH LIZAWATI MADFA
SABAK BERNAM=: Seramai 500 pesawah di DUN Sungai Panjang
menerima bantuan baja organik bernilai RM250 setiap seorang bagi
mengawal serangan penyakit hawar daun bakteria (BLB).
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan
Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sumbangan itu mampu
membantu petani mengelakkan kerugian sika serangan BLB dapat dikawal
atau dicegah.
“Kerajaan Negeri juga berharap petani memperolehi hasil lebih baik
untuk pendapatan mereka selepas mengalami kerugian ekoran BLB, sebelum
ini.
“Buat masa ini, wabak BLB masih belum ada penawarnya, namun kita
yakin ia boleh dikawal jika petani mengikut langkah disarankan,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Baja kepada
pesawah DUN Sungai Panjang di Dewan Orang Ramai Simpang Lima, di sini,
semalam.
Hadir
sama, Pengarah Pertanian Selangor, Idrus Abdul Hamid dan Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah Hamid.
Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM800,000 bagi membantu pesawah di daerah itu yang terjejas ekoran wabak BLB.
Pada 5 Disember lalu, serangan BLB menyebabkan hasil sawah padi
seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5
juta.
Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013.-AA-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan