SHAH ALAM: Empat aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) diheret ke
jawatankuasa disiplin ekoran tindakan mereka mengangkat plakad anti 1MDB
pada satu majlis penerangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Oktober
lalu.
Empat aktivis itu adalah bekas presiden Persatuan Untuk Belia Baru UM
(Umany), Ho Chi Yang; timbalan presiden Umany, Tan Jia You; ketua biro
publisiti Umany, Chua Hun Ti dan setiausaha agung Umany, Lau Li Yang.
Presiden Umany, Kon Hua En berkata empat siswa itu menerima notis
prosiding berkenaan tunjuk perasaan itu. Prosiding akan diadakan pada 18
Januari.
Pada 11 Oktober tahun lalu, empat mahasiswa itu mempamerkan plakad
menuntut jawapan terhadap dakwaan skandal 1MDB, meminta syarikat itu
tidak memutar belit fakta dan menuntut pemulangan semula 'wang rakyat'.
Ia dilakukan ketika majlis penerangan tertutup membincangkan isu 1MDB
bertajuk '1MDB & isu semasa negara' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas
(Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan Jabatan Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni UM.
Dalam acara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda
menjelaskan berkaitan dakwaan terhadap syarikat cetusan ilham Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan