Jumaat, 5 Ogos 2016

SPR didakwa pindah 30,173 pengundi pula ke Perak, petanda BN makin terdesak 3 Ogos 2016 E-mail Tweet Like770 SPRpindah IPOH, 3 OGOS: Pemindahan pengundi secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke negeri Perak dilihat sebagai taktik kotor Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan mereka di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang. Merujuk kepada senarai pewartaan pengundi terkini bagi pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu yang diterbitkan pada 29 April 2016, sebanyak 119,774 pengundi telah dipindahkan ke kawasan dan daerah pengundian yang berbeza. Daripada jumlah itu, sebanyak 25.4 peratus atau 30,173 pengundi telah dipindahkan ke negeri Perak menjadikan ia sebagai peratusan perpindahan pengundi baru tertinggi dicatatkan. Membantah keras tindakan SPR itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, berkata agensi berkenaan telah mengelirukan orang ramai dengan menyiarkan warta yang hanya memaklumkan perubahan pusat dan daerah mengundi. Sebaliknya kata beliau, apa yang sebenarnya berlaku ialah persempadanan semula kawasan pilihanraya. “Persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah tidak berperlembagaan, tidak adil dan ianya satu penipuan selain satu tindakan untuk memanipulasi keputusan pilihanraya,” ujar beliau. Ahli Parlimen Taiping itu menjelaskan, pengundi juga tidak dimaklumkan lebih awal berhubung penukaran kawasan mengundi. “Pengundi tak diberitahu dengan surat tetapi hanya mendapat notis perubahan pusat pengundian yang dipamerkan di pejabat-pejabat majlis perbandaran tempatan,” ujar Nga. Justeru beliau menggesa SPR mengemukakan sebab yang munasabah persempadanan semula pilihanraya tersebut dilakukan dalam tempoh tujuh hari. “Jika SPR gagal kemukakan sebab yang munasabah ia dilakukan, pihak kami akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang,” katanya. Sebelum ini Roketkini juga telah melaporkan berlakunya pemindahan pengundi dan persempadanan semula kawasan pilihanraya di Johor dan Selangor. Bagi negeri Johor, seramai 29,101 pengundi dipindahkan secara besar-besaran tanpa melalui prosedur yang betul manakala bagi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu di Selangor pula, seramai 5,590 pengundi telah dipindahkan. – Roketkini.com

SPRpindah

Roketkini.com


IPOH: Pemindahan pengundi secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke negeri Perak dilihat sebagai taktik kotor Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan mereka di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Merujuk kepada senarai pewartaan pengundi terkini bagi pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu yang diterbitkan pada 29 April 2016, sebanyak 119,774 pengundi telah dipindahkan ke kawasan dan daerah pengundian yang berbeza.

Daripada jumlah itu, sebanyak 25.4 peratus atau 30,173 pengundi telah dipindahkan ke negeri Perak menjadikan ia sebagai peratusan perpindahan pengundi baru tertinggi dicatatkan.

Membantah keras tindakan SPR itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, berkata agensi berkenaan telah mengelirukan orang ramai dengan menyiarkan warta yang hanya memaklumkan perubahan pusat dan daerah mengundi.

Sebaliknya kata beliau, apa yang sebenarnya berlaku ialah persempadanan semula kawasan pilihanraya.
“Persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah tidak berperlembagaan, tidak adil dan ianya satu penipuan selain satu tindakan untuk memanipulasi keputusan pilihanraya,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Taiping itu menjelaskan, pengundi juga tidak dimaklumkan lebih awal berhubung penukaran kawasan mengundi.

“Pengundi tak diberitahu dengan surat tetapi hanya mendapat notis perubahan pusat pengundian yang dipamerkan di pejabat-pejabat majlis perbandaran tempatan,” ujar Nga.

Justeru beliau menggesa SPR mengemukakan sebab yang munasabah persempadanan semula pilihanraya tersebut dilakukan dalam tempoh tujuh hari.

“Jika SPR gagal kemukakan sebab yang munasabah ia dilakukan, pihak kami akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini Roketkini juga telah melaporkan berlakunya pemindahan pengundi dan persempadanan semula kawasan pilihanraya di Johor dan Selangor.

Bagi negeri Johor, seramai 29,101 pengundi dipindahkan secara besar-besaran tanpa melalui prosedur yang betul manakala bagi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu di Selangor pula, seramai 5,590 pengundi telah dipindahkan. – Roketkini.com


Tiada ulasan: