Lelaki 27 tahun itu merupakan anak kepada seorang kontraktor yang masih direman sejak Jumaat lepas, bagi membantu siasatan kes yang sama.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa untuk mereman lelaki itu sehingga 3 September.
Kontraktor itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika tampil memberi keterangan pada 5 petang Isnin.
SPRM dalam pada itu turut memperoleh perintah mahkamah untuk mereman enam individu selama empat hari sehingga 2 September berkaitan kes yang sama.
Mereka yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu terdiri seorang pengurus besar sebuah syarikat cari gali minyak dan lima kontraktor.
Sementara itu, seorang pengurus projek syarikat minyak dan gas berusia 60 dan seorang kontraktor berumur 51 tahun pula dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai.
Khamis lalu, lapan lelaki itu ditahan berasingan oleh SPRM di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan "pipeline" di selatan tanah air itu. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan