Sabtu, 27 Ogos 2016

Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia

BORHAN AHMAD
 
 
#TangkapMO1 kini menjadi logo yang mendapat sorotan media yang utama.#TangkapMO1 kini menjadi logo yang mendapat sorotan media yang utama.


Menjelang perhimpunan #TangkapM01 di Dataran Merdeka petang ini, media antarabangsa mula turun ke Kuala Lumpur bagi membuat liputan skandal yang mendapat perhatian media seluruh dunia ini.

Reuters, BBC, AFP, NHK, Aljazeera bersama media lain mulai turun untuk membuat liputan ke atas perhimpunan yang digerakkan sepenuhnya oleh pelajar Malaysia ini.

Perjuangan Anis Syafiqah mulanya kelihatan kesaorangan tetapi kini menjadi ikon dan buruan media seluruh dunia.Perjuangan Anis Syafiqah mulanya kelihatan kesaorangan tetapi kini menjadi ikon dan buruan media seluruh dunia.Nama jurucakap gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof kini menjadi soroton media selepas menjadi pelajar wanita 'biasa' yang berada di barisan depan gerakan ini.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Rawang yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Darul Quran Jakim dan kini belajar di Universiti Malaya (UM) menjadi buruan media.

Sehari menjelang perhimpunan ini, Anis Syafiqah berkata, cita-cita beliau bukan menempa nama menjadi seorang aktivis.

"Cita-cita saya ialah ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik.

"Perjuangan ini bukan kerana nama.
Perjuangan ini perjuangan kita bersama!" tulis Anis Syafiqah dalam facebooknya.

Dalam gerakan ini, Anis Syafiqah sentiasa ditemani rakan rapatnya, Aqilah Zainuri yang membantu beliau menjaga media dan penerangan.

"Terima kasih Mak, Abah, keluarga, dan semua rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan kami.

"Cacian, makian, tohmahan, ugutan semua sudah kami terima.

"Kepada yang cuba menjatuhkan, kami tidak goyah.
Kami akan terus melangkah.

"Hari ini adalah sejarah yang kita cipta. 27 OGOS Hari Mahasiswa dan Rakyat! Kita Jumpa di Dataran Merdeka!" tulis Aqilah dalam facebooknya pagi ini.

Kini perjuangan Anis Syafiqah dan rakan-rakannya mendapat dokongan semua pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir dijangka akan turun kira-kira jam 3 petang di Dataran Merdeka bagi memberikan sokongan moral kepada pelajar-pelajar yang berani ini.

Aqilah Zainuri, rakan yang sentiasa bersama Anis Syafiqah.Aqilah Zainuri, rakan yang sentiasa bersama Anis Syafiqah.Semalam, menjelang perhimpunan hari ini, 20 pelajar Malaysia di Australia berkumpul di Camberra bagi menyokong perhimpunan rakan mereka hari ini.

Icon demonstrasi Malaysia, Mohamad Sabu yang juga presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut memberikan sokongan moral kepada Anis dan rakan-rakannya.

Walaupun tidak dapat turun hari ini, Mohamad telah menemui mereka Selasa lepas bagi memberikan kata-kata semangat dan dorongan.

Di sebalik semangat dan dorongan, kerajaan mula memberikan tekanan kepada mereka.

Kementerian Pendidikan Tinggi mengeluarkan pekeliling melarang pelajar universiti terlibat dengan perhimpunan ini atau menerima hukuman.

Naib Canselor UiTM juga mengeluarkan pekeliling khas melarang pelajarnya menyertai perhimpunan petang ini.

Tiada ulasan: