Himpunan yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta yang kebanyakannya terdiri dari para mahasiswa ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula pelajar Malaysia.
Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya yang kini Ketua Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Khairul Najib Hashim berkata,
"Himpunan ini adalah permulaan kepada kebangkitan semula mahasiswa."
"Ia berlaku ketika rakyat sudah bosan dengan kerenah pemimpin yang korup dan memperbodohkan rakyat," katanya kepada Malasia Dateline.
Bagi beliau, sda dua cara mengubah pimpinan korup dan zalim. Yang pertama pilihan raya dan kedua jalan raya.
Hari ini, katanya, mahasiswa dan anak muda memilih jalan raya sebagai medan untuk mengubah kepimpinan kerajaan.
"Seperti contoh Indonesia, China dan negara-negara maju sekarang, mahasiswa yang menggerakkan rakyat dan memilih jalan raya sebagai jalan untuk perubahan," tegasnya penuh keyakinan.
Hampir semua kepimpinan pemuda Amanah nasional turun menyatakan solidariti bersama mahasiswa dalam himpunan hari ini.
Timbalan ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula berkata, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya kerana ia satu permulaan perhimpunan yang digembeling oleh mahasiswa sendiri.
"Alhamdulillah, himpunan berlangsung aman seperti yang dijanjikan," katanya ketika ditemui diperkarangan Dataran Merdeka.
Lebih 2,000 pelajar berkumpul hari ini ketika kesemua anak muda negara diserang sindrom fatiq atau lesu dengan politik negara.
Jurucakap Gabungan #Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof dalam satu forum anjuran akhbar mingguan Amanah 24 Ogos lepas berkata, anak muda Malaysia kini diserang sindrom fatiq.
"Kami sudah tidak ada lagi biasiswa untuk menampung pelajaran kami. Kami kena buat pinjaman melalui PTPTN. Tamat je belajar, kami kena bayar balik. Peluang pekerjaan pula tidak ada," keluh Anis, pemimpin pelajar Universiti Malaya dalam forum itu.
Ketika perkara itu berlaku, parti-parti politik pula, katanya, bercakaran antara satu sama lain baik di kalangan pembangkang bahkan juga dalam kerajaan.
"Ia sebabkan anak muda letih dan tak mahu cakna politik. 'fatique syndrome', mereka tidak mahu terlibat atau ambil tahu hal politik. Inilah realitinya, anak muda letih dengan krisis yang ada," kata Anis.
Untuk memecahkan kebuntuan inilah, kata Anis, beliau dan rakan-rakannya bangkit untuk berbuat sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan