Rabu, 31 Ogos 2016

Amanah beri kesedaran rakyat tentang 1MDB

ARIF ATAN
Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan menunjukkan risalah mudah skandal 1MDB yang akan diedarkan ke seluruh negara.Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan menunjukkan risalah mudah skandal 1MDB yang akan diedarkan ke seluruh negara.


Pemuda Amanah Nasional maju setapak lagi dengan mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada rakyat akan ancaman 1MDB kepada masa depan negara.

Tindakan ini adalah tambahan kepada tindakan yang telah diambil oleh pelbagai pihak bagi menjelaskan skandal yang telah memalukan negara di mata dunia itu.

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzli berkata, siri jelajah berkenaan memberi tumpuan kepada segmen golongan muda dan penduduk luar bandar.

"Program ini diadakan ke seluruh negara menyedari kepincangan pengurusan kerajaan sedia ada sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan akibat salah urus tadbir dan korupsi yang semakin menggila tanpa nokhtah," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, rakyat perlu dibebaskan daripada penipuan dan penyelewengan kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Najib Razak.

"Perubahan perlu dilakukan dalam pilihan raya umum ke-14 nanti," tegasnya lagi.

Siri jelajah pendedahan isu 1MDB yang melibatkan program seperti forum dan edaran risalah itu telah dirasmikan Presiden Amanah, Mohamad Sabu malam tadi.

Risalah mudah 1MDB yang akan disebarkan kepada umum.Risalah mudah 1MDB yang akan disebarkan kepada umum.
Muka belakang risalah mudah skandal 1MDB.Muka belakang risalah mudah skandal 1MDB.

Risalah bersais kecil itu menjelaskan dengan mudah bagaimana wang 1MDB bernilai RM14 bilion itu di perolehi dan kemana ia dibelanjakan.

Di belakang pula dijelaskan dengan mudah, bagaimana wang sejumlah itu boleh dibelanjakan untuk kepentingan negara.

Antaranya ia boleh digunakan untuk membina 1,000 buah masjid di seluruh negara, 70 buah universiti, 5 lebuhraya atau dibahagikan terus kepada setiap rakyat dengan mendapat RM6,000 setahun seorang.

Tiada ulasan: