MALAYSIAKINI
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa
kira-kira RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion kemasukan secara
meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah
sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada
Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata ini berdasarkan maklumat daripada peguam negara
ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkongsi dengan beliau
penyata bank Najib.
"Sah tuan-tuan. Saya tengok waktu peguam negara itu ialah Gani
Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak
itu (RM 1bilion waktu itu) dalam akaun Datuk Seri Najib.
"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana
menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh,
Kelantan semalam.
Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru TV dan KiniTV.
Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.
Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang
berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun
bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan
penyata bank.
Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore
Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real
Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 bilion dari Kementerian Arab Saudi dan
AS$ 75 juta daripada Putera Faisal.
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News,
termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$
10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai
"pengasa bersama PetroSaudi".
Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19
November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd
(BVI), menurut DOJ.
Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada
AS$ 325 juta, atau hanya di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar
pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.
DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real
Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ
banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.
Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil
wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali juga memberishkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun
lepas bulan yang sama apabila deposit RM2.6 bilion didedahkan. Muhyiddin
mendakwa dia dipecat selepas menentang isu deposit berkenaan.
Pemecatannya kebetulan dengan penyingkiran kemudian Peguam Negara, Tan
Abdul Gani Patail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan