Isnin, 29 Ogos 2016

Selepas Sarawak berjaya, Terengganu diajak tuntut hak yang sama

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Syed Azman, Adun Batu Burok, Terengganu.Dr Syed Azman, Adun Batu Burok, Terengganu.Berikutan kejayaan kerajaan negeri Sarawak dalam pelbagai tuntutan terhadap kerajaan Pusat, rakyat Terengganu juga diajak membuat tuntutan yang sama.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam satu kenyataannya berkata, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjaya dalam tuntutan tujuh perkaranya setelah 'membekukan' operasi Petronas di Sarawak.

"Malunya rakyat Terengganu," kata Syed Azman dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, setelah memberi sumbangan hasil minyak dan gas kepada kerajaan Persekutuan hampir 50 tahun yang bernilai berbilion juta kini semua telaga minyak yg terletak di perairan Terengganu bukan lagi milik 'sah' kerajan Terengganu.

"Kerajaan Terengganu kini tiada sebarang hak!" dakwa beliau dalam kenyataan itu.

Katanya, royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak berpuluh tahun kini hanya sebagai 'Ihsan' dan 'dana khas' dari kerajaan Persekutuan.

"Royalti minyak sudah terbatal," katanya.

Bagi beliau, Terengganu kini tiada sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak dan gas yang terletak diperairan negeri tersebut.

Telaga minyak BERTAM yang di temui baru-baru ini dan sah terletak diperairan negeri Terengganu kini di'serah' sepenuhnya kepada kerajaan negeri Pahang.

Beliau meminta rakyat negeri itu bandingkan apa yang dicapai oleh kerajaan Sarawak kini.

Petronas dan kerajaan Sarawak mencapai persetujuan dalam 7 perkara selepas pertemuan diadakan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ia ekoran kemelut tercetus selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri beku semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung berkuat kuasa serta-merta.

Antara yang diperolehi Sarawak selepas itu adalah:

1. Perlantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

2. 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petro­nas perlu berunding­ dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

3. Petronas akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

4. Petronas juga komited menyokong dua industri petroki­mia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain dengan kerajaan negeri ini.

5. Petronas bersama Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri

6. menerima pelan kerja Petronas untuk me­ningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.

7. Tuntutan kerajaan negeri memohon royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus, Perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Terengganu bangkit dari tidur lena selepas hak mereka dirampas.

Tiada ulasan: