Alyaa Alhadjri
LIHAT VIDEO DI SINI
Pihak penganjur Himpunan TangkapMO1 hari ini menafikan dakwaan bahawa
mereka menjadi alat pembangkang atau dipergunakan pihak lain yang
berkepentingan.
Jurucakap TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof berkata dakwaan itu bukan
sahaja tidak berasas tetapi juga cubaan untuk merendah-rendahkan
kemampuan mahasiswa.
"Gabungan Tangkap Malaysian Official 1 dan kemuncaknya himpunan aman
TangkapMO1 adalah seratus peratus inisiatif mahasiswa tanpa paksaan
daripada mana-mana parti politik dan pihak-pihak berkepentingan.
"Kami mahasiswa mencetuskan gerakan ini dan telah disambut baik
dengan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah parti-parti
politik dan NGO.
"Sudah tentulah kami terima sokongan padu daripada sesiapa sahaja
yang mempunyai matlamat sepunya dengan apa yang ingin kami bawa,"
katanya.
Gerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar,
Datuk Jamal Yunos sebelum ini berkata pihaknya tidak sampai hati untuk
mengadakan demontrasi balas terhadap himpunan itu kerana menyifatkan
mereka diperbodohkan oleh kumpulan seperti BERSIH.
Beliau mendakwa 'penganjur sebenar' sekadar menggunakan pelajar untuk mengelakkan bertembung dengan penyokongnya.
Satu lagi gerakan Baju Merah diketuai Datuk Mohd Ali Baharom atau
lebih dikenali sebagai Ali Tinju turut menyifatkan himpunan itu disertai
kanak-kanak dan pelajar sekolah 'yang baru belajar untuk
berdemonstrasi'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan