Sabtu, 27 Ogos 2016

Tuduhan Sabotaj Kewangan Negara : Mahkamah Tolak Rayuan Khairuddin







PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk membatalkan pertuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan kewangan negara yang dihadapinya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak rayuan Khairuddin tanpa pendengaran penuh rayuan dan bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan itu.


Hakim Raus mempersoalkan sama ada wajar bagi Khairuddin untuk memfailkan permohonan itu
sedangkan Mahkamah Tinggi telahpun mengeluarkan perintah untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes yang dihadapinya sementara menunggu penyelesaian rayuan oleh pendakwaan di Mahkamah Rayuan.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dihadapi Khairuddin dan peguam Matthias Chang Wen Chieh bukanlah kesalahan keselamatan dan ia tidak tertakluk di bawah kesalahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kes itu ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 14 Nov – BERNAMA

Tiada ulasan: