Rabu, 31 Ogos 2016

Amanah bincang posisi sesuai untuk Husam

 
Kehadiran Husam dianggap dilakukan pada masa yang tepat dan kemampuannya mengulas isu ekonomi dipercayai boleh memainkan banyak peranan.





KUALA LUMPUR: Amanah akan bermesyuarat sebelum memutuskan peranan yang sesuai untuk Datuk Husam Musa dalam parti itu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pengumuman penyertaan Husam dalam Amanah di Cyberjaya, semalam.

“Kami akan berbincang termasuk mengadakan mesyuarat untuk memutuskan posisi yang sesuai untuk orang berpengalaman dan berpengaruh seperti Husam,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata penyertaan bekas Naib Presiden PAS itu dapat menonjolkan Rahmatan lil alamin (rahmat kepada sekian alam) yang ingin dibawa Amanah.

“Kehadiran Husam pada masa yang tepat. Beliau mampu ulas isu ekonomi (dengan baik), orang seperti beliau boleh mainkan banyak peranan,” katanya lagi.

Dalam acara yang disertai pemimpin utama Amanah itu, Husam akhirnya menepati jangkaan ramai dengan menyertai secara rasmi parti serpihan PAS itu.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub dalam ucapannya menyifatkan penyertaan Husam akan mampu mengukuhkan parti itu.

“Kita tidak ada tokoh besar, tapi kita ada pemimpin yang kita yakin boleh mengubah sejarah Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan: