Rabu, 31 Ogos 2016

Usah ugut, kami mahasiswa Merdeka, kata Mahasiswa PH

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mahasiswa PH juga dengan ini mengingatkan bahawa anak muda pada hari ini sentiasa peka dan cakna akan segala perkembangan yang berlaku dalam negara.Mahasiswa PH juga dengan ini mengingatkan bahawa anak muda pada hari ini sentiasa peka dan cakna akan segala perkembangan yang berlaku dalam negara.


Penyelewengan dan salah guna kuasa secara terang-terangan akhirnya membuatkan mahasiswa-mahasiswi serta anak muda sudah tidak boleh berdiam diri dan perlu bertindak.

Justeru tarikh 27 Ogos lalu telah menandakan satu lagi sejarah baru dalam lipatan gerakan mahasiswa negara ini apabila himpunan #TangkapMO1 telah dilaksanakan secara aman.

Hari ini satu Perutusan kemerdekaan bersama yang ditandatangani membabitkan Mahasiswa Pakatan Harapan (Mahasiswa PH) oleh Pengerusi Mahasiswa Amanah Nasional, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda;Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia(MKM) Muhammad Affendy Hasni dan Pengarah Hal-ehwal Varsiti DAPSY Leong Yu Sheng untuk menyatakan pendirian mereka mengenai gerakan mahasiswa ini.

Dalam kenyataan tersebut, Mahasiswa PH berkata, satu gabungan dibentuk oleh kumpulan pelajar yang diketuai Anis Syafiqah yang mendesak pendakwaan keatas individu dilabelkan sebagai 'Malaysian Official No 1' seharusnya tidak harus tidak perlu diugut oleh pihak berkuasa.

"Hasil kejayaan Demonstrasi yang diketuai kumpulan mahasiswa ini secara jelas ia membawa satu kejayaan yang besar.

"Buktinya,pelbagai ugutan serta ancaman dihalakan kepada beberapa orang mahasiswa ini.

Bukan sahaja pendakwaan oleh Polis DiRaja Malaysia,bahkan Menteri yang "memegang amanah menjaga duit orang Melayu iaitu Majlis Amanah Rakyat(MARA) turut mengancam penarikan balik biasiswa terhadap mahasiswa yang menyertai demonstrasi ini," ujarnya.

Justeru katanya, Mahasiswa PH dengan ini mengutuk segala bentuk ancaman dan ugutan yang dihalakan terhadap mahasiswa ini.

"Adakah kerajaan lupa bahawa mahasiswa ini mampu berfikir apa yang baik dan buruk? Adakah kerajaan juga lupa bahawasanya anak muda mahasiswa ini jugalah yang bakal menjadi pemimpin negara masa hadapan?

"Mahasiswa PH juga dengan ini mengingatkan bahawa anak muda pada hari ini sentiasa peka dan cakna akan segala perkembangan yang berlaku dalam negara.

"Segala bentuk ugutan dan ancaman terhadap golongan ini hanya menunjukkan betapa ego,sombong dan bongkaknya kerajaan korup diketuai seorang Perdana Menteri korup.

"Sekali lagi kami mendesak supaya segala ugutan dan ancaman ini dihentikan.

"Dengan semangat Hari Kemerdakaan Negara ke 59 ini,kami dengan ini menyeru dan mengingatkan kerajaan bahawa, kami adalah mahasiswa merdeka dan ayuh! merdekakan Malaysia dari kerajaan korup dan salah guna kuasa," dakwanya.

Dalam perkembangan terkini esok seramai tujuh mahasiswa dan peserta himpunan #TangkapMO1 akan memberikan keterangan di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11.00 pagi.


Tiada ulasan: