Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dipetik berkata,apa yang menakutkan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ialah sikap lepas tangan Najib dan kerajaan Malaysia seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Persoalannya, di mana dan mengapa agensi penguatkuasaan dan penyiasatan tidak berusaha untuk membersihkan semula nama negara yang terpalit dengan skandal terbesar peringkat global itu?
“Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan tanda tanya kepada kita rakyat Malaysia, adakah kita sedia untuk dibeban dan dipalit dengan semua kotoran akibat kleptokrasi global ini?” soalnya ketika berucap dalam Forum Polisi anjuran DAP Sabah semalam.
Kata beliau, hanya dalam sekelip mata sahaja Malaysia menjadi negara kleptokrasi global dan terpaksa menanggung aib apabila berada di salah satu tangga teratas negara paling korup di dunia khususnya dengan pendedahan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset melibatkan 1MDB sebanyak AS$1 bilion.
“Adalah menjadi tugas Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri untuk membersihkan nama Malaysia dari julukan negara kleptokrasi global.
“Saya faham Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan hadapan yang mana beliau sudah menghadirinya empat kali sejak April 2009 bercakap mengenai cadangannya tentang ‘Gerakan Global Moderat’, yang bukan sahaja telah gagal di peringkat antarabangsa, malah juga gagal dalam negara,” ujar Kit Siang seperti dipetik media rasmi parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan