KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pihak polis
dan kerajaan untuk memulakan tuntutan di bawah Akta Perhimpunan Aman
2012 (PPA) bagi mendapatkan ganti rugi yang dialami pada perhimpunan
BERSIH 3.0 pada tahun 2012.
Keputusan itu dibuat panel tiga anggota, yang menggugurkan saman
terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 termasuk bekas
pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan.
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata PPA tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan itu.
Dua tahun lalu Hakim Datuk John Louis O Hara memerintahkan PPA adalah
mengikut perlembagaan tetapi menolak tuntutan saman oleh kerajaan.
Hakim Rohana membuat keputusan itu bersama hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim.
Setiap seorang daripada hakim berkenaan menulis penghakiman berasingan
dalam keputusan itu tetapi Rohana yang mengetuai panel membaca keputusan
ringkas.
Mengenai tuntutan balas oleh responden keenam, Wong Chin Huat, Hakim Rohana membenarkan sebahagian daripada rayuan kerajaan.
Mahkamah Rayuan mengesahkan penganugerahan RM10,000 sebagai ganti rugi
teruk dan RM5,000 lagi bagi kesakitan dan penderitaan Wong, yang
mendakwa polis membelasahnya semasa ditangkap.
Ambiga, yang menyambut baik keputusan bersejarah itu berkata: "Kami
sangat gembira dengan keputusan ini dan kami juga gembira setiap hakim
menulis penghakiman yang berasingan di bahagian undang-undang yang
berbeza.
"Kami gembira bahawa mahkamah mengambil kes ini dengan serius dan
membuat kesimpulan bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi adalah betul."
Ambiga berkata keputusan itu bermakna kerajaan tidak boleh menyaman untuk mendapatkan ganti rugi di bawah PAA.
"Mahkamah memutuskan bahawa kerajaan telah gagal untuk membuktikan kes
mereka dalam apa jua keadaan," kata bekas presiden Badan Peguam
Malaysia itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan