"Di bawah Akta Perhimpunan Aman, kerajaan tidak boleh mengharamkan mana-mana perhimpunan aman.
Yang hanya boleh menghentikan perhimpunan sekiranya ia dilakukan di kawasan larangan atau lingkungan 50 meter di kawasan larangan, atau peserta himpunan melakukan kesalahan di bawah undang-undang," kata Syahredzan.
"Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa kerajaan mungkin memutuskan untuk menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara bagi mengisytiharkan kawasan keselamatan dalam tempat perhimpunan yang dimaksudkan.
"Jika sebuah kawasan keselamatan diisytiharkan, maka Angkatan Tentera boleh digerakkan untuk mengadakan sekatan terhadap orang ramai daripada memasuki kawasan itu. Ia adalah sangat tidak mungkin, tetapi ia adalah kemungkinan yang jelas terutama bila 'keselamatan negara' tidak ditakrif dalam Akta," katanya di sini, Selasa.
Mereka menyasarkan perhimpunan itu bakal dihadiri oleh 10,000 orang di mana ia dibuat bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap dan mendakwa 'MalaysianOfficial1' yang telah dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat baru-baru ini yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB ).
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Md Yusof pada sidang akhbar berkata, perhimpunan itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau ideologi politik.
"Isu 1MDB tidak lagi menjadi isu dalam negara ini, tetapi telah menjadi berita besar di seluruh dunia. Anak muda tidak lagi boleh menerima apabila negara menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan