Selasa, 16 Ogos 2016

DAP nak bawa usul 'kutuk' Ketua Menteri Melaka



DAP nak bawa usul 'kutuk' Ketua Menteri Melaka
Gambar kecil: Khoo Poay Tiong


AYER KEROH - DAP Melaka akan membawa usul ‘mengutuk’ Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pada Sidang Dun Melaka akan datang kerana didakwa cuba menghasut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelakangkan prinsip Perlembagaan.

Ketua Pembangkang Dun Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, tindakan itu dibuat kerana cubaan Ketua Menteri mahu persempadanan semula dengan menambah tiga kerusi Dun pada PRU akan datang.

“Jelas sekali, Idris merasa bimbang akan hilang sokongan majoriti, maka beliau meminta SPR membuat persempadanan kawasan pilihan raya demi memastikan kepentingan politik Umno dapat dipelihara, seterusnya mendapat kerusi Dun yang cukup untuk memerintah,” katanya di sini semalam.

Poay Tiong yang juga Adun Ayer Keroh turut menyambut baik seruan Bersih 2.0 supaya Adun-adun tanpa kira parti membawa usul berkenaan nanti.


Tiada ulasan: