DAMANSARA - "Saya dengan nama ALLAH tidak akan berkompromi prinsip
berani kerana benar dan akan bekerja penuh amanah dan tanggungjawab,"
demikian luahan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman,
Datuk Abdul Hamid Bador mengenai pendedahan berisiko beliau terhadap
kepincangan yang berlaku kini.
Katanya, beliau akan sentiasa 'membuka mulut' termasuk berdepan dengan risiko berat akibat daripada perbuatan beliau tersebut.
"Saya akan terus buka mulut. Bukan untuk diri saya, saya sekarang ini
berhadapan dengan risiko berat sebab tiada seorang pun yang berani
berbuat demikian.
"Saya hendak lihat tindak balas itu. Tapi kerja ini dibuat bukan atas kapasiti individu tetapi ini demi negara.
"Bukan untuk Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Saya seru
pada kerajaan kembali kepada rakyat. Dan segala pendedahan ini mungkin
ada keperluan di masa akan datang, kalau diperlukan penjelasan lanjut
saya dengan rendah hati menawar diri untuk tampil sekali lagi," katanya
kepada media di Damansara hari ini.
Dalam pada itu Abdul berkata, beliau berharap pihak yang menjaga media
perdana menteri agar tidak bertindak menghalang sebarang maklumat
sampai kepada perdana menteri.
"Saya seru pihak kawal media bagi pihak PM supaya jangan menghalang
maklumat kepada PM. Mungkin sebab ini PM tidak dapat maklumat, 'kuasa
halimunan' yang pindahkan saya, " katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan