Selasa, 25 Ogos 2015

Siasatan 1MDB di Switzerland fokus 2 eksekutif, pihak tak diketahui

THE MALAYSIAN INSIDER



Pejabat Peguam Negara Switzerland dalam satu kenyataan menjelaskan bentuk siasatan ke atas 1MDB sudah pun dijelaskan kepada umum pada Jumaat. – Gambar fail Reuters, 24 Ogos, 2015.Pejabat Peguam Negara Switzerland dalam satu kenyataan menjelaskan bentuk siasatan ke atas 1MDB sudah pun dijelaskan kepada umum pada Jumaat. – Gambar fail Reuters,.
 
 
 Pejabat Peguam Negara Switzerland memulakan prosiding jenayah terhadap dua eksekutif dan pihak yang tidak diketahui dari syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan penggubahan wang haram.

Pejabat peguam negara itu dalam satu kenyataan menjelaskan bentuk siasatan ke atas 1MDB sudah pun dijelaskan kepada umum pada Jumaat.

Prosiding itu diadakan berikutan terdapat dakwaan rasuah asing, dakwaan salah laku di pejabat awam dan dakwaan penggubahan wang haram, menurut kenyataan itu.

Di bawah undang-undang Switzerland, pihak berkuasa mendakwa mereka mencari pihak tidak diketahui apabila mereka tidak pasti siapa yang terlibat.

1MDB, syarikat yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihatnya kini disiasat pihak berkuasa Malaysia atas salah laku kewangan dan rasuah. Pengatur kewangan Switzerland FINMA berkata minggu lalu mereka memeriksa beberapa bank Switzerland sama ada pernah berurusan dengan 1MDB.

1MDB berkata pada Ahad mereka masih belum dipanggil oleh pihak berkuasa Switzerland namun bersedia membantu


Tiada ulasan: