Jumaat, 21 Ogos 2015

Sambutan Hari Kebangsaan suram, di mana silapnya?

 
Tan Sri Dr Rais Yatim menegur sikap masyarakat negara ini yang melihat sambutan Hari Kebangsaan dengan hanya mengibar Jalur Gemilang


rais-yatim,merdeka



KUALA LUMPUR: Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan di negara ini dilihat semakin berkurangan tahun demi tahun.

Bahkan jika dibandingkan dengan negara jiran, kemeriahannya amat ketara.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat konteks sambutan di negara ini telah disempitkan dengan hanya mengibar Jalur Gemilang.

Beliau turut mengaitkan fenomena yang berlaku dengan pembabitan parti politik yang gagal memupuk semangat kebangsaan dan cintakan tanah air.

“Berbeza dengan zaman saya dahulu, sebahagian program diolah oleh kerajaan dan tidak oleh NGO atau badan-badan bukan kerajaan mahupun kawasan mukim dan kampung.

“Negara jiran misalnya, kemerdekaan tanah airnya muncul, setiap flat ada satu bendera, dan diwajibkan oleh ketua flat,” katanya sewaktu ditemui pemberita di sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

Tiada ulasan: