Ringgit terus turun kepada 4.25 berbanding dolar AS
Pada
jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar
AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian
Insider. Ringgit terus turun berbanding dolar Amerika hari ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.
Pada jam 5 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2475/0415
berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas.
Seorang peniaga berkata kejatuhan berterusan penanda aras minyak mentah
dunia, West Texas Intermediate (WTI) dan Brent sekali lagi mencetuskan
penjualan ringgit dan mata wang ekonomi pesat membangun lain yang
berkait dengan eksport minyak mentah.
"Harga minyak terus mengalami penurunan hari ini, dengan WTI mencecah
paras terendah harian pada AS$39 setong manakala Brent menyusut serendah
AS$44 setong. "Kebimbangan berterusan terhadap ekonomi China menjejaskan minat risiko
global dan menambah kerisauan terhadap prospek permintaan minyak
dunia," katanya.
Seorang lagi peniaga berkata semasa bank-bank terus melepaskan pegangan
mata wang tempatan berikutan aliran keluar portfolio, pengurus aset
pula akan muncul pada bila-bila masa untuk mula mengumpul aset terlebih
jual.
"Situasi hari ini berbeza daripada semasa krisis kewangan Asia 1997/98.
Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh sekarang ini," katanya.
Ringgit, yang mencecah paras 4.25 berbanding satu dolar Amerika untuk
pertama kali sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, juga didagangkan
rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ringgit terus turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0143/0229
daripada 2.9694/9753 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada
3.5295/5390 daripada 3.3981/4060.
Unit tempatan juga menyusut berbanding pound sterling kepada
6.6876/7042 daripada 6.5672/5814 dan rendah berbanding euro kepada
4.8826/8950 daripada 4.7033/7132 pada Jumaat. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan