KOTA BELUD: Hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu, menyebabkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Kadamaian, di Kota Belud, awal pagi tadi.
Banjir lumpur itu turut menjejaskan penduduk di Kampung Malangkap Baru,
dekat sini, yang terputus hubungan susulan banjir berkenaan.
Dipercayai, banjir lumpur yang berlaku susulan hujan lebat di sekitar
kawasan Gunung Kinabalu,
menyebabkan sebuah jambatan sementara yang dibina di kampung berkenaan dihanyutkan banjir selain perhubungan jalan raya turut terputus.
menyebabkan sebuah jambatan sementara yang dibina di kampung berkenaan dihanyutkan banjir selain perhubungan jalan raya turut terputus.
Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam, ketika dihubungi
mengesahkan kejadian berkenaan dan minta penduduk kampung yang tinggal
berhampiran tebing sungai berpindah ke tempat tinggi.
"Saya menerima maklumat mengenai banjir lumpur ini awal pagi tadi dan
kemungkinan ia (banjir) sudah berlaku sejak malam tadi, susulan hujan
berterusan.
Pihak yang terbabit dalam operasi bencana ke tempat kejadian untuk melihat lebih lanjut.
"Saya minta penduduk kampung khususnya yang tinggal di tebing sungai
agar berpindah ke tempat tinggi," katanya ketika dihubungi di sini, hari
ini.
Pada 4 Julai lalu, banjir lumpur yang berlaku di Sungai Ulu Kadamaian
dan Penataran, menjejaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau Taburi di Kota
Belud yang terletak berhampiran dengan sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan