Zairil Khir Johari
KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil
Khir Johari akui kecewa dengan suasana dalam PR yang hampir-hampir
terkubur dek kerana kepimpinannya yang sudah tidak sehaluan lagi.
Menurutnya, kekecewaan tersebut sudah tentu turut dikongsi rakyat yang
memberikan mandat kepercayaan sebanyak 52 peratus kepada perikatan
pembangkang pada pilihan raya lalu.
"Saya sebenarnya rasa kecewa bersama dengan... saya rasa rakyat
Malaysia juga rasa kecewa selepas diberi mandat 52 peratus kepada PR,
sekarang melihat PR mempunyai masalah, bergaduh sesama sendiri, sudah
tentu kecewa.
"Saya sebagai ahli PR, DAP, wakil rakyat juga merasa kecewa," katanya
kepada Sinar Online ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, semalam.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan parti itu
menerima keputusan Pas dalam muktamar lalu yang menerima usul Dewan
Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP sekali gus menyatakan bahawa
PR sudah tidak wujud lagi.
Sehingga kini Majlis Syura Ulama Pas masih belum membuat keputusan berhubung usul muktamar tersebut.
Mengulas lanjut, Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata,
'perpecahan' itu wujud susulan ada pihak yang mungkir janji dan tiada
gabungan politik di dunia mampu bertahan jika ia berlaku.
"Namun kita tetap berpegang pada pendirian bahawa...kena faham ya...
pertama sekali ada pihak yang tidak menurut janji mereka dan apa yang
mereka telah persetujui iaitu dasar bersama. Dan tidak ada gabungan
politik mana dalam dunia ini yang boleh bertahan sekiranya ada pihak
yang tidak mengikuti perjanjian yang telah ditetapkan.
"Jadi, nak buat macam manalah. Saya rasa kita kena melangkah ke depan
dan sekarang ini pihak pimpinan sedang melakar strategi untuk melangkah
ke depan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan