KUALA LUMPUR - Juruterbang di syarikat penerbangan Malaysian Airlines
(MAS) tidak perlu bimbang tentang kemungkinan diberhentikan kerja oleh
syarikat tersebut.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, juruterbang yang hanya terlibat dengan penstrukturan tersebut adalah juruterbang yang tidak disambung kontraknya.
"Kita ada 1,483 juruterbang yang bekerja di syarikat MAS. Tidak ada masalah bagi juruterbang MAS untuk menjalankan tugas mereka seperti biasa.
"Juruterbang yang hanya terkesan dengan penstrukturan semula MAS hanya juruterbang yang tidak disambungkan kontrak," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh (PKR-Kuala Langat) Abdullah Sani Ab Hamid yang menuntut kerajaan memastikan emosi juruterbang MAS tidak terganggu oleh penstrukturan semula yang dijalankan syarikat tersebut.
Kata Abdullah Sani dalam sidang yang sama, emosi juruterbang pesawat yang terganggu boleh membahayakan nyawa penumpang kapal terbang.
"Kerajaan sudah mengambil keputusan untuk membela kebajikan juruterbang yang tidak disambung kontrak.
"... Industri penerbangan di negara sedang berkembang. Malah syarikat penerbangan di luar sana sedang menunggu untuk membuka peluang pekerjaan kepada juruterbang-juruterbang di negara kita" katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan