Khamis, 18 Jun 2015

Jangan salahkan penjawat awam bocorkan maklumat khianati rakyat

Oleh LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Kebocoran maklumat perbincangan menaikkan  kadar tol beberapa lebuh raya, bukan perbuatan khianat, malah  langsung tidak mengancam keselamatan negara.

Sebaliknya, Pengarah National Oversight and Whistleblowers  (NOW), Akmal Nasir, berkata membuat keputusan sulit berkaitan nasib rakyat sebenarnya perbuatan khianat.

Katanya, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahkan penjawat awam hanya cubaan menakut-nakutkan mereka dari berkongsi maklumat kepada rakyat.

“Seolah-olah ia kebocoran maklumat yang dikategori rahsia dan tidak harus diketahui umum.

“Perbincangan atau keputusan melibatkan rakyat tidak wajar diklasifikasi sebagai rahsia sebaliknya perlu rundingan supaya rakyat jelas implikasi keputusan,” katanya.

Pada 13 Jun lalu, Najib menyifatkan pihak yang membocor cadangan kenaikan tol lebuh raya sebagai khianat dan meminta penjawat awam menjaga rahsia kerajaan.

Pada kenyataan media hari ini, Akmal meminta Najib mengambil iktibar isu had umur pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini.

“Rakyat berhak mengetahui proses merangka polisi dan dasar, ada ruang bersuara sebeum sesuatu keputusan dicapai,” katanya.– FZL

Tiada ulasan: