KUALA LUMPUR - Pemandu teksi berdaftar menggesa kerajaan bertindak dan
mengharamkan segera aplikasi Uber kerana telah menjejaskan industri
teksi di negara ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkhidmatan tempahan teksi atas talian yang diselenggarakan oleh aplikasi Uber itu, menjejaskan pendapatan pemandu teksi secara keseluruhannya.
Menurutnya, sistem itu telah membenarkan pemilik kereta persendirian mengambil penumpang seperti teksi.
“Amalan penggunaan kereta persendirian ini seperti ‘kereta sapu’. Perkhidmatan ini pernah diharamkan tetapi sejak kebelakangan ini, sistem aplikasi Uber itu bergerak aktif seperti mendapat kebenaran.
“Keadaan ini sekali gus menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi berlesen. Sekiranya keadaan itu dibenarkan, ia agak pelik apabila kerajaan sibuk bercakap soal menambah baik pengangkutan awam,” katanya di lobi Parlimen, semalam.
Tambah beliau, situasi itu juga tidak berlaku adil kepada pemandu teksi yang sah kerana mereka terpaksa membayar permit dan sewa tetapi tidak bagi mereka yang berdaftar di bawah Uber.
Semalam, kira-kira 100 orang pemandu teksi mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan Parlimen, selain mereka menyerahkan memorandum kepada semua ahli parlimen sebagai bantahan kepada aplikasi Uber itu.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pihaknya mendesak kerajaan membincangkan isu itu di Parlimen supaya ada keputusan yang tegas boleh dibuat.
“Kami sudah adukan masalah ini pada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM) untuk segera menyekat aplikasi Uber itu, namun mereka kata tak ada kuasa.
“Jadi kami percaya melalui Parlimen, satu keputusan dapat dibuat agar kuasa diberikan kepada SPAD dan SKMM bagi membolehkan mereka menyekat kegiatan Uber ini," katanya.
Menurut beliau, akibat aplikasi itu, lebih 30,000 pemandu teksi berlesen terjejas pendapatannya.
Selain itu, beliau turut berharap perancangan SPAD untuk mewujudkan kelas lesen Private Hired Vehicle (PHV) tidak dilaksanakan kerana keadaan itu hanya akan menggalakkan sistem perkhidmatan Uber.
Tambah beliau, senario itu juga menyebabkan lambakan kereta sapu dijalanan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan