MALAYSIAKINI
Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang hari Jumaat.
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd
Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan
Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku
pada hari Rabu.
Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur
Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum
diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada hari
Rabu.
Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya
Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari
lalu.
Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.
Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada hari Rabu Rabu untuk pengecaman.
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran
sempadan Rusia Khamis lalu.
Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai
ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku
bertanggungjawab melakukannya. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan